Wednesday, 20 March 2013

Cara Menjahit Inner Tudung Sendiri

Assalammualaikum..

Bertemu lagi kita dengan blog Tudung Access..Sekali lagi ,blog ini memaparkan trend-trend tudung masa kini.

Pada entry kali ini,kami akan memberitahu anda bagaimana cara menjahit inner tudung .

Cara Menjahit Inner Tudung Sendiri-tanpa awning keras (difficulty:easy)

Bahan-bahan yang digunakan ialah shawl lama, gunting, pin, mesin  jahit (kalau nak jahit tangan pun boleh, alamat sampai pagi raya le menjahit lagi) dan kapur berwarna biru. eh bukan kapur barus tau! 


Cara-caranya?

1. mula-mula ambil shawl cotton lama (yang saya guna ialah shawl gypsy--buang anting-anting dia dan ratakan dia menjadi segi empat). ambil tudung tu dan pakai macam biasa. Tapi pastikan hujung tudung berada betul-betul di hairline (garis rambut). in akan jadi base tudung anda.Kemudian gunakan kapur biru (ala kapur kaler lain pun boleh, gedik la zati neh), tandakan bahagian dagu di mana dua kain bertemu, dan tandakan bahagian tengah atas dahi. Kemudian tandakan juga selabuh mana inner neck yang anda mahu. saya buat 38 inci. pendek sebenarnya.




2. sekarang, ratakan kain itu di atas meja anda.  potong mengikut saiz labuh yang anda mahu tadi. anda akan dapat bentuk segi empat sama. dan anda akan ada lebih kain sedikit di tepi. lebih itu yang akan kita gunakan untuk buat awning dia nanti.  
    
3. Untuk awning, lebihan tadi diambil. saya ambil dalam 8 inci kot, bentuk segi empat sama. Lipat dua supaya ia lebih tebal. masa untuk buat awning! 
                  

yang sebelah kiri tu kita lipat dua ambil buat awning ya. 
4. Untuk awning, kain yang dilipat segi empat sama tadi diletak atas kepala. kemudian letak kain yang panjang tadi atas kepala juga. Ha, ada rupa tudung awning tak? kalau tak, dah salah buat le tu.  

5. tandakan tengah "awning", selari dengan tengah anak tudung. juga jangan lupa tandakan tepi awning tu. pendek kata, tandakan apa yang saya tandakan biru tu.


jangan risau, awning dia nampak semi circle tapi bila jahit dia straight.
6. tanggalkan awning tu. pastikan masih berlipat! dan anda akan nampak ada bentuk semi circle (bulan sabit) dilukis pada awning itu.  jadi potong mengikut bentuk tersebut (lebihkan sikit untuk mudah menjahit). nah, sekarang anda ada bentuk bulan sabit untuk awning dan segiempat sama untuk tudungnya.    
                                                                    
7. Ok, sekarang ni masanya untuk menjahit. Nampak tak tandaan hijau itu? ha, itulah tempat yang anda akan cantumkan. jangan tersilap tahu! bentuk lengkung awning itu dicantumkan kepada kain segiempat. cantum dan jahit.  (pastikan tandaan biru tu sepadan, sebab tu tengah dia. ingat bukan?) 

8. Ha, sekarang dah dapat awning. Ce try pakai. jadi tak? hehehe! OK, sekarang ingat tak tandaan pada dagu  yang kita buat awal-awal tadi? Ha, jahit dari situ sampai ke bawah. macam lukisan ini. pastikan selepas tu anda pakai lagi untuk merasa bajet lawa. Eh, bukan la, nak pastikan muat kepala!  

9. Bila anda pakai anda mungkin akan merasakan bentuknya agak kasar. jadi anda boleh potong supaya hujungnya bulat seperti ini. jahitkan kelim di sekelingnya atau minta kedai jahitkan (especially jika anda tak tahu apa itu kelim hahaha! ops jangan marah, bulan puasa ni...) 

potong bentuk lekuk-lekuk pon boleh. tengok contoh tudung yang ada kat rumah.
10. Ha, dah siap dah pun. beginilah rupanya!

ya, belakangnya panjang. sebab sanggul kan besar. heuheuheu
Maaf, tak ada gambar saya memakainya kerana wajah saya tidak cukup lawa tidak sesuai untuk dunia blogging. namun, rupanya paling hampir seperti yang dibuat olehsyarikat ini. bezanya saya punya tiada awning keras dan awningnya lebih ke bawah supaya dapat menguruskan muka yang bulat. OKlah tu!

serius cakap bila pakai sebijik gope cami. 

Cantik tak kawan-kawan? Jadi sesiapa nak buat bolehlah buat. Dan jangan lupa tanya saya mengenainya jika anda ada masalah. Bye, selamat berpuasa....dan selamat mencuba!



1 comment: