Thursday, 21 March 2013

Tip Penjagaan Tudung

Assalammualaikum..

bertemu lagi kita di Tudung Access..Entry kali ini kami akan berkongsi dengan anda tentang cara-cara atau tip-tip penjagaan tudung..
penjagaan tudung adalah penting untuk memastikan fizikal sesebuah tudung itu sentiasa dalam keadaan baik dan elok..Ok lah dibawah ini ada beberapa tip penjagaan tudung..

TIP PENJAGAAN TUDUNG


Jangan ramas tudung ketika cucian dilakukan ,kalau boleh cukup sekadar celup dan angkat beberapa kali dir

Jika anda ingin mencuci dengan kerap , gunakan bahan pencuci jenis pelembut.

Kadang-kadang tudung kita terkena kotoran, cara mencucinya adalah dengan rendam tudung tersebut beberapa jam dan gosok dibahagian kotor tersebut dengan gosok pelahan dibahagian kotor tersebut.

Cara jemuran terbaik untuk tudung adalah dikawasan teduh.

Kebanyakan jenis tudung kecuali jenis mix cotton tidak perlu di iron.



DO NOT IRON!


Jika anda mengunakan tudung jenis awning , jangan simpan tudung tersebut secara lipat. elok sekiranya tudung awning tersebut digantung pada hanger.


Atau cara paling baik untuk menyimpan tudung jenis awning adalah dengan cara melipat dari bahagian bawah tudung dan gulung tudung tersebut dan masuk kedalam awning

Anda diantara jenis tudung yang berbatu kristal atau bermanik , untuk mengelakan manik tersebut tertanggal boleh  iron dengan suhu rendah dibahagian dalam tudung.

Kerongsang yang digunakan mestilah tajam dan tidak berkarat bagi mengelakan tudung anda rosak dan nampak tidak kemas dibahagian leher.

Wednesday, 20 March 2013

Kajian Sains tentang Tudung.


Assalamualaikum..





Info sains: Kenapa perlu pakai tudung mengikut kaedah sains

Allah s.w.t menyayangi hamba2Nya... cuma kita sahaja yg tidak pernah menghayati dan terfikir akan setiap sesuatu itu kenapa Islam mensyariatkan supaya bertudung... tahukah anda bahawa...

Tengkorak (human skull) manusia antara lelaki dan perempuan ada 10 perbezaan , dan antara perbezaan yang paling ketara adalah pada MASTOID PROCESS.. Apa itu MASTOID PROCESS? Mastoid process ni adalah struktur tulang yang menonjol keluar sedikit di bahagian belakang telinga (cuba rasa , 0.5-1 cm dari belakang telinga) dan untuk lelaki dan perempuan, ianya sangat beza saiznya.. Untuk lelaki saiznya besar dan mudah untuk dirasa dan untuk perempuan saiznya kecil saja..



Allah s.w.t sangat sayangkan hambanya, kerana itulah disyariatkan pemakaian tudung kerana, dalam mastoid process ini ada sekurang-kurang 4 saraf yang penting antara ialah FACIAL nerve (C7). Dan apa pula fungsi facial nerve ni? Facial nerve ini berfungsi untuk muscle-muscle yang berada di muka kita, senyuman kita, gelak tawa kita :P :D :) ^-^ T-T” @-@ xD riak muka kita semuanya..


Kerana saiznya mastoid process ini kecil berbanding lelaki, apabila sejuk, nerve ini akan mudah mengecut dan akan membuatkan fungsinya tidak begitu effective dan untuk jangka masa yang panjang, ianya akan memberi kesan kepada tona muka. Kerana itulah pemakaian tudung itu kepada wanita kerana untuk melindungi wanita, untuk diri wanita itu sendiri, untuk kecantikan dia juga. Kerana itulah siapa-siapa yang menjaga auratnya, tudungnya, wanita itu tampak lebih awet muda dan berseri-seri. Senyuman lebih manis, lebih menarik, lagi indah, lebih menawan.. dan benarlah kata nabi s.a.w " seindah hiasan adalah wanita solehah "

"Seindah hiasan adalah wanita solehah" ♥ ♥ ♥
Jadi rasa-rasanya ini adalah satu kelebihan atau satu kelemahan untuk wanita?
kerana ini adalah salah satu tanda Allah swt mencintai hamba-hambaNya..

“ afala ta’kilun “

“ afala tatafakkarun “

“tidakkah kau berfikir? “

“ dan nikmat Tuhan manakah yang kau nafikan?

- Maktam Segak [Group Anak Kedah]

Cara pakai tudung moden

Assalammualaikum..

Bertemu lagi kita dengan tudung Access..Entry pada kai ini kami ingin menunjukkan anda cara-cara memakai tudung moden..


Asal usul tudung Bawal

Assalammualaikum..

entry kali ini kami nak menceritakan asal usul tudung bawal di Malaysia ini


SEJARAH TUDUNG BAWAL ASLI ATAU TUDUNG BAWAL SATU 

Ada yang bertanyakan saya tentang sejarah bila wujudnya tudung bawal ini, saya tidak dapat memberikan jawapan yang tepat. Cuma, seingat saya, kemunculan tudung bawal yang mula diminati ramai khususnya wanita Kelantan yang lebih ramai bertudung ketika itu bermula pada pertengahan tahun 80an. Ketika saya berusia 12 tahun, saya sudah mula belajar bertudung, dan mengakui betapa popularnya tudung bawal dikalangan wanita pantai timur ketika itu. Istimewanya tudung ini, ianya senang dibentuk di muka dan yang paling penting ia sangat cantik dipakai. Cuma, kemunculan tudung bawal ketika itu berbeza dengan tudung bawal zaman ini yang dihasilkan dengan pelbagai jenis, beraneka corak yang semestinya lebih menarik lagi kreatif.

Mungkin ramai yang tidak tahu, perkataan 'bawal' itu sebenarnya berasal daripada perkataan Perancis iaitu 'voile' atau disebut 'voil' yang bermaksud fabrik yang ringan, lembut dan kosong. Ia diperbuat daripada kain kapas, sutera, rayon atau wool. Perkataan ini kemudian di'Melayu'kan sebagai Bawal, mungkin kerana bunyinya hampir sama 'voile'. (Sumber daripada Anna Abdullah)

Tudung bawal pada awal tahun 90an sangat popular dengan corak jahitan manik bersambung atau berlabuci di bahagian tepi sahaja. Pada masa itu, saya belum tahu membezakan yang mana satu tudung bawal satu, tudung bawal dua atau tudung bawal tiga yang semestinya mempunyai kualiti fabrik yang berbeza-beza. Ketika itu, saya dan ibu hanya suka membeli tudung yang kelihatan cantik sahaja berdasarkan corak manik atau labuci tepinya. Tetapi, setelah setahun memakai aneka tahap tudung bawal tadi, barulah saya tahu betapa berkualitinya tudung bawal satu atau tudung bawal asli ini kerana biarpun sudah bertahun memakainya, fabriknya kelihatan masih baru dan tidak ada kesan berbulu halus sepertimana tudung bawal yang tidak asli. Tudung bawal satu juga dikenali sebagai Tudung Bawal Jepun. Tudung bawal korea adalah Tudung bawal tidak asli dan dikenali sebagai Tudung bawal dua.

Sejak dari itulah, saya dan ibu tidak akan membeli tudung bawal yang tidak asli lagi dan hanya membeli tudung bawal satu untuk dijadikan koleksi. Kami juga kurang berminat membeli tudung jenis lain kerana tidak pandai memakai tudung lain yang fabriknya terlalu lembut, sukar dibentuk elok dimuka dan sekaligus merosakkan bentuk tudung di muka apabila ditiup angin. Bukan apa, pakai tudung jenis lain yang terlalu lembut ini membuatkan kami asyik ingin memperbetulkannya dan menghadap cermin sepanjang masa kerana kurang keyakinan diri!



Contoh tudung bawal

Product Baru sampai!!

Assalamualaikum..


Entry kali ni kita nak mempekenalkan produk-produk tambahan yang ada pada TudungAccess ini.


Antaranya..

'Perfume Nur kasih..


Bawal Rania Kristal


Bawal Sulam Manik Butterfly


Bawal Watermelon


Sweet Rose








Cara Menjahit Inner Tudung Sendiri

Assalammualaikum..

Bertemu lagi kita dengan blog Tudung Access..Sekali lagi ,blog ini memaparkan trend-trend tudung masa kini.

Pada entry kali ini,kami akan memberitahu anda bagaimana cara menjahit inner tudung .

Cara Menjahit Inner Tudung Sendiri-tanpa awning keras (difficulty:easy)

Bahan-bahan yang digunakan ialah shawl lama, gunting, pin, mesin  jahit (kalau nak jahit tangan pun boleh, alamat sampai pagi raya le menjahit lagi) dan kapur berwarna biru. eh bukan kapur barus tau! 


Cara-caranya?

1. mula-mula ambil shawl cotton lama (yang saya guna ialah shawl gypsy--buang anting-anting dia dan ratakan dia menjadi segi empat). ambil tudung tu dan pakai macam biasa. Tapi pastikan hujung tudung berada betul-betul di hairline (garis rambut). in akan jadi base tudung anda.Kemudian gunakan kapur biru (ala kapur kaler lain pun boleh, gedik la zati neh), tandakan bahagian dagu di mana dua kain bertemu, dan tandakan bahagian tengah atas dahi. Kemudian tandakan juga selabuh mana inner neck yang anda mahu. saya buat 38 inci. pendek sebenarnya.




2. sekarang, ratakan kain itu di atas meja anda.  potong mengikut saiz labuh yang anda mahu tadi. anda akan dapat bentuk segi empat sama. dan anda akan ada lebih kain sedikit di tepi. lebih itu yang akan kita gunakan untuk buat awning dia nanti.  
    
3. Untuk awning, lebihan tadi diambil. saya ambil dalam 8 inci kot, bentuk segi empat sama. Lipat dua supaya ia lebih tebal. masa untuk buat awning! 
                  

yang sebelah kiri tu kita lipat dua ambil buat awning ya. 
4. Untuk awning, kain yang dilipat segi empat sama tadi diletak atas kepala. kemudian letak kain yang panjang tadi atas kepala juga. Ha, ada rupa tudung awning tak? kalau tak, dah salah buat le tu.  

5. tandakan tengah "awning", selari dengan tengah anak tudung. juga jangan lupa tandakan tepi awning tu. pendek kata, tandakan apa yang saya tandakan biru tu.


jangan risau, awning dia nampak semi circle tapi bila jahit dia straight.
6. tanggalkan awning tu. pastikan masih berlipat! dan anda akan nampak ada bentuk semi circle (bulan sabit) dilukis pada awning itu.  jadi potong mengikut bentuk tersebut (lebihkan sikit untuk mudah menjahit). nah, sekarang anda ada bentuk bulan sabit untuk awning dan segiempat sama untuk tudungnya.    
                                                                    
7. Ok, sekarang ni masanya untuk menjahit. Nampak tak tandaan hijau itu? ha, itulah tempat yang anda akan cantumkan. jangan tersilap tahu! bentuk lengkung awning itu dicantumkan kepada kain segiempat. cantum dan jahit.  (pastikan tandaan biru tu sepadan, sebab tu tengah dia. ingat bukan?) 

8. Ha, sekarang dah dapat awning. Ce try pakai. jadi tak? hehehe! OK, sekarang ingat tak tandaan pada dagu  yang kita buat awal-awal tadi? Ha, jahit dari situ sampai ke bawah. macam lukisan ini. pastikan selepas tu anda pakai lagi untuk merasa bajet lawa. Eh, bukan la, nak pastikan muat kepala!  

9. Bila anda pakai anda mungkin akan merasakan bentuknya agak kasar. jadi anda boleh potong supaya hujungnya bulat seperti ini. jahitkan kelim di sekelingnya atau minta kedai jahitkan (especially jika anda tak tahu apa itu kelim hahaha! ops jangan marah, bulan puasa ni...) 

potong bentuk lekuk-lekuk pon boleh. tengok contoh tudung yang ada kat rumah.
10. Ha, dah siap dah pun. beginilah rupanya!

ya, belakangnya panjang. sebab sanggul kan besar. heuheuheu
Maaf, tak ada gambar saya memakainya kerana wajah saya tidak cukup lawa tidak sesuai untuk dunia blogging. namun, rupanya paling hampir seperti yang dibuat olehsyarikat ini. bezanya saya punya tiada awning keras dan awningnya lebih ke bawah supaya dapat menguruskan muka yang bulat. OKlah tu!

serius cakap bila pakai sebijik gope cami. 

Cantik tak kawan-kawan? Jadi sesiapa nak buat bolehlah buat. Dan jangan lupa tanya saya mengenainya jika anda ada masalah. Bye, selamat berpuasa....dan selamat mencuba!